Pengertian Komputer
Komputer adalah sebuah mesin elektronik yang
amat berguna pada zaman dahulu dan sekarang. Komputer dapat meringankan kerja
seharian manusia, membantu menyelesaikan tugas-tugas manusia dengan cepat dan
tepat. Komputer adalah sebuah mesin yang boleh diprogramkan untuk kepelbagaian
guna. Komputer dapat menerima data mentah, rajah dan akan memprosesnya kemudian
memanipulasikan untuk dijadikan maklumat yang berguna. Ia juga diprogram untuk
menerima input, lalu memproses untuk mengeluarkan output seperti yang dikehendaki
dan ia juga berupaya menyimpan maklumat tersebut untuk kegunaan pada masa akan
datang. Komputer telah menjadi sebahagian daripada kehidupan manusia kerana ia
mempunyai kelajuan (speed), kebolehpercayaan (reliability), keupayaan
storan (storagecapability), produktiviti (productivity), membuat keputusan dan
dapat mengurangkan kos. Sebagai kesimpulanya, komputer adalah sebuah mesin
elektronik yang dapat menyelesaikan tugas-tugas manusia dengan lebih pantas
dari tenaga manusia dan keputusannya tepat.
Sejarah Penciptaan Komputer
Sejarah penciptaan komputer bermula dengan
terciptanya alat-alat perniagaan, seperti Abakus yang sekarang ini
dilakukan oleh komputer. Pada zaman dahulu pengiraan dilakukan dengan
menggunakan jari, manik, kayu dan kulit kerang. Dengan terciptanya Abakus 5000
tahun yang lalu telah memudahkan ahli perniagaan dalam proses pengiraan asas
campur, tolak dan darab.Ia telah digunakan secara meluas oleh ahli perniagaan
China, Turki dan Yunani.
Blaise Pascal merupakan seorang ahli saintis
dan matematik Perancis yang di lahirkan pada tahun 1623. Pada tahun 1642,
beliau telah merekacipta satu mesin pengiraan mekanikal yang pertama
mengikut prinsip persepuluhan.
George Boole adalah seorang ahli matematik
Inggeris pada tahun 1815-1864. Beliau telah mengembangkan konsep logik algebra
True/False. Beliau juga telah memperkenalkan simbol matematik dan asas kepada
penggunan dalam merekabentuk litar logik dalam komputer.
Charles Babbage dilahirkan pada 1792, merupakan
seorang ahli matematik dan perekacipta. Beliau telah membina “The
Difference Engine” yang boleh menyelesaikan pengiraan sifir matematik.
Kemudian beliau telah memikirkan satu penciptaan mesin lain iaitu “Analytical
Engine” yang diharapkan dapat melaksanakan pengiraan yang pelbagai.
Malangnya mesin tersebut tidak sempat dibina semasa hidupnya. “Analytical
Engine” mempunyai ciri-ciri komputer pada masa sekarang iaitu mempunyai peranti
input, secondary storage, Processor, unit kawalan dan peranti output.
Augusta Ada Byron membantu Charles Babbage dalam
membina arahan-arahan pengiraan bagi mesin “Analytical Engine”. Beliau
merupakan pengaturcaraan komputer yang pertama dengan menggunakan “Analytical
Engine”. Bahasa pengaturcaraan ‘ADA’ diambil sempena namanya. Beliau juga
telah menerbitkan nota yang menggalakan ahli sains supaya menyempurnakan apa
yang Charles Babbage tidak sempat lakukan.
Herman Hollerith telah membangunkan satu
peranti automat yang boleh memproses pengiraan banci. Mesin tersebut dapat
menyiapkan pengiraan banci dalam masa dua tahun. Pada tahun 1880, banci
penduduk Amerika Syarikat diketahui keputusannya. Perbezaan diantara mesin Hollerith dan Babbage ialah
mesin Hollerith menggunakan kuasa elektrik manakala mesin Babbage menggunakan
kuasa mekanikal.
Howard Aiken telah memperkenalkan mesin
elektromekanikal yang digelar MARK I. Dengan terhasilnya MARK I maka
bermulalah komputer era moden. Mesin ini adalah untuk menyelesaikan
pengiraan asas dan masalah fungsi-fungsi trigonometri. Ciri-ciri MARK
I , mempunyai ketinggian 8 kaki dan panjangnya 55 kaki. Ia dibina daripada
besi dan kaca, mengeluarkan bunyi yang kuat semasa pemprosesan dilalakukan,
mengandungi lebih daripada 750000 bahagian yang diikat bersama menggunakan
Wayar sepanjang 500 batu. Sebahagiannya daripada sistem berada pada aras yang
berbeza. Dengan itu pengguna perlu naik ke atas mesin menggunakan tangga untuk
memasangkan suis. Sementara itu, Dr. John Mauchly dan pelajarnya J.
Presper Eckert diminta oleh pegawai tentera Amerika membina mesin yang
boleh mengira peluru-peluru dengan cepat. Mereka telah merujuk kepada hasil
kerja Dr. John Atanasoff dan pembantunya Clifford Berry. Atanasoff dan Berry berjaya
membina komputer digital yang pertama menggunakan elektronik yang di gelar ABC (Atanasoff-Berry
Computer). Manakala Mauchly dan Eckert telah
menggunakan ABC sebagai asas untuk membangunkan komputer yang lain
iaitu ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator). ENIAC merupakan
komputer pertama yang dicipta untuk tujuan umum kemudian muncul UNIVAC I iaitu
komputer pertama yang diperdagangkan secara komersil.
Permulaan Era Komputer
Dari zaman dahulu hingga sekarang sudah wujud
4 generasi. Ia berlaku dalam masa lebih kurang 40 tahun.
Generasi Pertama (1951 - 1958)
Pada tahun 1937-1938 Dr. John V.Atanasoff dan
pembantunya Clifford Berry telah merekacipta dan membina komputer
elektronik digital yang pertama. Komputer tersebut digelar ABC (Atanasoff-Berry
Computer). Manakala John W.Mauchly dan J.Presper Eckert telah
mencipta ENIAC (Electronic Numerical Integrator And Calculator) pada
tahun 1945. ENIAC boleh melakukan 5000 percampuran dan 300 pendaraban
sertiap saat. 2 tahun kemudian mereka telah menubuhkan syarikat yang dinamakan Spery
Rand dan seterusnya mengeluarkan UNIVAC I (Universal Automatic
Computer) dalam tahun 1951. UNIVAC I merupakan komputer pertama
yang digunakan untuk memproses data perniagaan. Ia digunakan secara meluas oleh
Biro Banci Penduduk Amerika Syarikat.UNIVAC I berfungsi menggunakan tiub
vakum/hampagas sebagai kompenan dalaman komputer untuk memproses dan menyimpan
maklumat. Ia menggunakan tenaga elektrik, bersaiz besar dan berat. Komputer ini
juga amat susah untuk di selenggarakan dan selalu sahaja rosak. Pengaturcaraan
dilakukan dalam bahasa mesin iaitu 0 & 1 (bahasa peringkat rendah).
Keupayaan storan komputer pada generasi pertama ini adalah diantara 8000 hingga
20000 aksara. Manakala, pengiraannya pula dilaksanakan dalam “microseconds”
Generasi Kedua (1959 - 1961)
Komputer generasi ini menggunakan transistor dan diod iaitu
peranti kecil yang memindahkan signal elektrik melalui resistor bagi
menggantikan tiub-tiub vakum/hampagas. Transistor adalah
singkatan bagi TRANsfer reSISTOR. Contoh komputer yang dicipta ialah DEC
PDP-8, IBM 7090, IBM 7094 dan lain-lain lagi. Kelebihan
transistor ia dapatr berfungsi lebih baik daripada komputer generasi
pertama.yang menggunakan tiub hampagas. Komputer generasi ini bersaiz lebih
kecil, ringan, cepat dan murah serta tidak perlu warm-up time. Penggunaan
tenaga elektrik yang kurang jika dibandingkan dengan komputer generasi pertama.
Pengaturcaraan dilakukan dalam bahasa peringkat tinggi iaitu FORTRAN (1954)
dan COBOL (1959). Manakala keupayaan storannya terus meningkat iaitu
16000 hingga 64000 aksara dan ia menggunakan bekas cakera yang boleh digerakkan (removable
disk cartridge). Pengiraannya dilaksanakan dalam “microseconds”.
Generasi Ketiga (1965 - 1970)
Komputer pada generasi ini pula telah
menggunakan litar bersepadu iaitu litar elektrik yang mengandungi cip
silikon yang sangat kecil bagi menggantikan transistor. Harga cip yang
murah menyebabkan perkembangan alat elektronik yang pesat dan kejatuhan
harga alat tersebut. Komputer ini bercirikan litar bersepadu iaitu litar
elektrik yang mengandung cip silikon yanf sangat kecil terdiri daripada
beribu-ribu transistor. Cip ini lebih murah, padat dan lebih dipercayai. Contoh
komputer yang dicipta ialah IBM 360 dan mikrokomputer seperti APPLE
II, IBM PC, Sinclair dan lain-lain lagi. Saiz komputer menjadi
1/3 lebih kecil daripada komputer generasi pertama. Ia juga boleh mengamalkan
konsep multiprogramming dan multiprocessing iaitu beberapa
aturcara boleh dilarikan dengan serentak dan berkongsi sumber yang sama dan ini
meningkatkan keberkesanan komputer. Proses pengiraannya dilaksanakan dalam “nanoseconds”. Pemprosesan interaktif diperkenalkan
di mana pengguna berhubung terus dengan komputer. Kaedah pencapaian ini
menyebabkan industri perkhidmatan pelanggan berkembang. Minikomputer diperkenalkan
di mana fungsinya sama seperti "full size system" tetapi ia
lebih kecil, perlahan dan lebih murah.
Generasi Keempat (1971 - Sekarang)
Semenjak tahun 1970-an komputer bertambah laju
dan boleh dipercayai. Generasi keempat ini merupakan lanjutan daripada generasi
ketiga di mana pada generasi ketiga cip-cip digunakan untuk membina
ingatan dan ligik komputer. Kesemua cip disimpan untuk membangunkan teknologi
yang seterusnya iaitu general-purpose-on-a-chip yang digelar mikropemproses (microprocessor). Mikropemproses
mengantikan litar bersepadu. Mikropemproses juga boleh didapati pada jam
digital, mesin kira, dan pelbagai mesin di pejabat dan di rumah. Mikropemproses
mula dijual pada tahun 1971. Contoh komputer yang terdapat pada generasi ini
adalah dari IBM yang menggunakan cip Intel 80286, cip Intel
80386, cip Intel 80486 (mengandungi 1.2 juta transistor yang berukuran
0.4" x 0.5" dan berupaya melaksanakan 15 juta arahan per saat). Cip
Intel Pentium (mengandungi 3.1 juta transistor yang berupaya melaksanakan
112 juta arahan per saat). Cip Intel Pentium Pro (mengandungi 5.5
juta transistor yang berupaya melaksanakan 250 juta arahan per saat). Cip
Intel Pentium Pro MMX, Cyrix, AMD, Pentium II dan lain-lain
lagi. Antara ciri-ciri yang terdapat pada komputer generasi ini ialah saiznya
yang lebih kecil, penggunaan tenaga elektrik yang minimum. Ia boleh digunakan
bersama dengan beberapa bahasa pengaturcaraan. Keupayaan storannya terus
meningkat ke 1 juta hingga 50 juta aksara dan pengiraan dilaksanakan dalam
“picoseconds” Saiz komputer sekarang adalah 100 kali lebih kecil daripada saiz
komputer generasi pertama dan satu cip adalah lebih berkuasa daripada ENIAC.
Generasi Kelima
Komputer generasi kelima iaitu komputer bagi
generasi akan datang ini masih belum diperkenalkan secara meluas. Namun usaha
kearah tersebut telah dimulakan oleh beberapa negara maju. Ianya juga masih
didalam peringkat penyelidikan, dimana negara Jepun merupakan negara yang
paling banyak membuat penyelidikan. Matlamat mereka adalah untuk membina
komputer yang lebih berkuasa dan kepintaran buatan (artificial intelligence),
sistem pakar (expert sistem), robotik dan sebagainya. Saiz perkakasan akan
terus menjadi lebih kecil sementara daya ingatan dalamannya terus meningkat
dengan pesat.
Pengelesan Komputer
Pengelesan komputer adalah mengikut kepada
ukuran fizikal dan keupayaannya iaitu, seperti superkomputer, komputer kerangka
utama, Mini komputer dan mikrokomputer.
Super Komputer
Superkomputer atau nama lainnya kerangka
utama yang besar. Perkembangannya terhad kepada beberapa ratus unit sahaja di
seluruh dunia. Ini kerana harganya yang amat mahal. Superkomputer mempunyai
unit pemprosesan pusat yang kompleks dengan keupayaan yang sangat pantas. Ia
juga boleh memproses berbillion arahan per saat (BIPS). Ia digunakan khas
bagi menyelesailkan masalah saintifik yang rumit dan canggih, contohnya CRAY I,
CRAY II, CRAY III, dan CDC CYBER205.
Komputer Kerangka Utama
Komputer Kerangka Utama yang pertama
diperkenalkan sejak tahun 40-an adalah seperti UNIVAC, IBM 360, dan
lain-lain lagi. Komputer jenis ini kebanyakannya dimiliki oleh organisasi yang
besar dan pusat pengajian tinggi. Ia juga bersaiz besar dan berkeupayaan
memproses sejumlah data yang banyak dengan pantas dan tepat, berupaya memproses
data pada kelajuan yang tinggi dan berjuta-juta arahan per saat (MIPS). Ia juga
membenarkan komputer dikongsi oleh beratus-ratus pengguna pada satu masa.
Mini Komputer
Mini Komputer pula adalah lebih perlahan,
berkeupayaan storan yang kurang dan lebih murah daripada komputer kerangka
utama. Kebanyakannya dimiliki oleh gedung perniagaan, jabatan awam/swasta dan
institut pengajian tinggi. Mini Komputer juga menggunakan konsep multiprogramming dan multiprocessing.
Contohnya adalah seperti HP 3000, SEQUENT dan lain-lain lagi.
Mikro Komputer
Mikrokomputer atau Komputer peribadi pula mempunyai
saiz yang kecil seperti desktop atau laptop. Ia diperkenalkan buat kali pertama
pada pertengahan tahun 1970-an. Mikropemproses adalah menjadi asas bagi
mikrokomputer. Penggunaan mikrokomputer semakin meluas. Supermikro atau stesen
kerja (workstation) telah diperkenalkan. Ia merupakan sambungan di
antara mikrokomputer dan mini komputer yang berkeupayaan menggunakan konsep multiprogramming dan multiprocessing.






0 comments:
Post a Comment